Penaklukan
Baitulmaqdis
Dari Auf b Malik r.a
katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam
perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya,
iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)
Zina Berleluasa
“Dan tinggallah
manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti
keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang”(Sahih Muslim)
Alat-Alat Muzik
Menjadi kebanggaan dan digilai
Pada akhir zaman akan
terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka. Ada yang
bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda
menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya
penyanyi-penyanyi wanita” ( HR Ibnu Majah)
Menghias Masjid dan
Membanggakannya
“Diantara tanda-tanda
telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid” ( H.R Nasai)
Munculnya kekejian,
Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran
“Tidak akan datang
kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan
silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)
Ramai Orang Soleh
Meninggal Dunia
“Tidak akan datang
hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di
muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan
buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” ( H.R Ahmad)
Orang Hina Mendapat
Kedudukan Terhormat
“Di antara tanda-tanda
semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang
yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (H.R Thabrani)
Mengucapkan salam
Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja
“Sesungguhnya di
antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.”(H.R Ahmad)
Ramai Wanita
Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu
Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya
hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka
memakainya keadaannya seperti telanjang”
Bulan Sabit Kelihatan
Besar
“Di antara tanda-tanda
telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.” (H.R Thabrani)
Banyak Dusta dan Tidak
Tepat dalam menyampaikan Berita
“Pada akhir zaman akan
muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita
yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu
sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)
Banyak Saksi Palsu dan
Menyimpan Kesaksian Yang Benar
“Sesungguhnya sebelum
datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian
yang benar.” (Riwayat Ahmad)
Negara Arab menjadi
Padang Rumput dan Sungai
“Tidak akan datang
hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput dan
sungai-sungai.” (Sahih Muslim)
Demikianlah sebahagian
daripada tanda-tanda kecil akan berlakunya hari kiamat. Marilah kita renungkan
sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka
bumi ini, seharusnya hidup yang singkat ini kita isi dengan sesuatu yang
berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara. Andai kita
seorang remaja, jadilah remaja yang bijak, baik hati, ingat Tuhan dan berbakti.